April 06, 2007

 

Air

Time lunch, biasalah ramai orang kan.

Adalah mamat ni sorang, minta "air panas suam" gitu. Macam mana ye? Aku senyum jelah sebab aku pernah mintak "air suam kurang manis".

March 23, 2007

 

Kisah sekolah rendah

Masa sekolah rendah, orang dok perli aku suka main masak-masak. hehehe Aku tak ambik hati pun kat kawan-kawan yang perli tu. Alah, budak-budak. Aku paling tak suka bila kena berlari. Kalau suruh buat homework tak ada masalah. Selalu lepas sekolah terus buat. Payah nak ponteng. Sebab mak aku garang. Pernah sekali tu, aku memang malas nak ke sekolah. Aku menyorok bawah katil. Dari pagi, sampai tengahari. Rasanya, kalau demam pun aku jarang ponteng. Selalu bawak bekal ke sekolah. Aku dari kecik lagi suka makan masakan mak aku. Sampai lah ni, apa yang mak aku masak, semua aku boleh makan. Sedappppp.

Mak aku pandai buat kuih. Aku suka kuih yang mak aku buat macam lopes (sekarang ni terpaksa kurangkan sebab aku pernah muntah-muntah makan lopes terlebih), kasui, jemput-jemput ikan bilis dan tiwol (ini orang jawa punya sebutanla - dari ubi kayu).

March 22, 2007

 

Selsema

Dah lama tak tulis dalam blog ni. Tak ada cerita menarik sangat. Sekarang ni tengah selsema. Nasib baik tak teruk. Kena makan ubat tiap malam, supaya senang tidur. Kalau tak, mesti tak lena.

Dah 4 hari terseksa. Alhamdullilah, dah kurang sikit. Habis semua petua aku cuba, dari mula-mula nak kena selsema, sampai sekarang. Makan madu, ubat dari klinik, minum air kosong sebanyak-banyaknya (asyik nak ke bilik air je) .

Jarang benar kena sakit. Cuma bila dah kena ni, barulah beringat nak jaga makan ngan minum. Kalau tak semuanya sapu. Makanan pedas ngan yang berminyak kena kurangkan. Itu yang favourite sebenarnya.

dah sihat nanti, back to old habitlah jawapnya. Tapi kena kontrol.

September 28, 2006

 

Solat Tarawih

Malam tadi, lepas aje solat Tarawih (buat 8 rakaat je), nak balik. Tup, tup... selipar jepun aku kena kebas. Cuba lah cari kat bahagian lain masjid tu. Dah bukan rezeki aku.

Aku balik kai ayam je. Nasib baik tak hujan. Kalau tak susah gak. Dah lama takjalan kaki ayam ni. Tapak pun tak sekeras dulu.

Nasib... nasib.

Harap-harap orang yang 'ter'ambil selipar aku tu, insaflah. Nak buat ibadah, pahala nanti ke mana pulak. Ialah ambil barang yang bukan hak dia.

September 12, 2006

 

Ceramah Halaqah

Pada kebiasaan, hari minggu malam Isnin, aku dok depan TV pukul 9. Channel baru TV9 tu.

Rancangan Halaqah.

Minggu lepas, kisah pasal 'Jangan dekat'. Aku suka dengar Ustazah Norbayah.

Tips yang dia bagi : 3 P untuk hindar zina ni (bagi yang belum nikah).

1. Jangan Pandang lama-lama kat satu pompuan.

2. Jangan Pegang tangan kalau belum nikah (selalu gi dating).

3. Jangan Peluk kalau beluh sah nikah (selalu yang naik motor).

August 18, 2006

 

Hujan

Alhamdullilah, kutbah hari ini ada kelainan. Sekurang-kurangnya, berkaitan isu semasa. Pasal isu Palestin dan Lubnan @ Lebanon (Tak tau yang mana satu nak guna). Kisah Yahudi yang tak sedar diri bila di beri tanah untuk jadikan Israel. Nama je penempatan haram. Kaum yang tak patut ditolong. Aku sekarang ni, banyak mencari alternatif pasal pakaian, makanan dan sebagainya.

Dah lama boikot barang buatan Amerika dan yang berkaitan. Aku rasanya tak mati, kalau tak jamah benda-benda buatan sekutu Amerika. Ialah, dari kecil aku hidup susah, semuanya mak aku buat sendiri. Bila dah belajar dan bekerja ni, memanglah kemaruk makan makanan segera. Tapi, aku sampai sekarang, kalau balik rumah mak aku, nampak sambal sardin, siap makan lagi. Dari kecil makan makanan air tangan mak. Aku pun tak berapa suka makan kat luar. Sebab tu, bila tengok bebudak sekarang ni, susah nak lekat kat rumah. Asyik merayap. Sebab makan kat luar kot. Itu pandangan aku.

Sekarang ni, dah ada kesedaran. Kenalah berhenti sikit-sikit. Alternatif lain kena ada. Alhamdullilah, rasanya dah berlambak buatan Bumiputera. Kalau bukan kita, sapa lagi nak sokong orang sebangsa dan seagama. Aku banyak dengar ceramah dalam radio dan tv. Waktu pagi, lepas sembahyang Subuh. Dari situ banyak benda yang aku belajar dan ingat semula.

Dah ada kesedaran nak berubah. Nak jadi insan yang lebih beriman. Sambil tu ada gak pegi ceramah kat luar. Kenalah pelan-pelan (cakap jawa alon-alon).

Insya'allah.

April 20, 2006

 

Air Kosong

Tukang ambil pesanan - Nak minum apa?

Amoi - Air barli

Mak Budak - Air laici

Aku - Air suam kurang manis

Amoi & Mak Budak - Gelak macam nak rak.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?